Saturday, 10 February 2018

MAMA O TRAVEL - KARTINI ARIFFIN



Tajuk : Mama O Travel
Penulis : Kartini Ariffin
RM 20.00, POS : RM 7.00
Wasap 017-528 9831 untuk urusan pembelian
Genre : Non Fiksyen - Travelog

Sinopsis :

Sebuah karya TRAVELOG dari Kartini Ariffin yang lebih sinonim dengan panggilan Tini yang juga merupakan pengacara untuk rancangan 3R terbitan TV 3 satu ketika dulu. Menceritakan pengalaman Tini menjalani setiap percutian bersama keluarga di lokasi- lokasi yang berbeza. Lebih menarik, percutian yang direkodkan ialah dalam negara Malaysia. Banyak Lokasi menarik dan pengalaman berbeza dikongsikan Tini melalui karya ini. Sebagai Penulis, beliau lebih menonjolkan aspek kekeluargaan yang amat penting dalam diri setiap orang lebih-lebih lagi kepada Tini yang berstatus isteri dan ibu . Karya ini juga memupuk nilai mengapa perlunya kesepakatan dalam setiap ahli keluarga untuk melancarkan perjalanan dalam setiap episod percutian. Mama O Travel, pengalaman dan panduan.

KAU KATA INI LOVE - OSHIN MIOR (KUMPULAN PUISI)



Tajuk : Kau Kata Ini Love (Kumpulan Puisi)
Penulis : Oshin Mior 
Harga : RM 20.00, Pos : RM 7.00

Sinopsis : Ia memuatkan bait-bait kata bersifat harmoni untuk pembaca menghayati pengalaman yang penulis lalui. Lebih menjerumus ke arah percintaan dan karya ini juga lebih memberi tumpuan kepada bahasa puisi yang puitis . Menceritakan akan hal yang ditempuhi penulis dalam kehidupan dan pengalaman dalam percintaan . Sangat mempengaruhi pembaca kerana ianya sebuah kata-kata yang dekat di hati semua insan bergelar pelakon dunia. Kau Kata Ini Love.

MA TUMSE PYAR KARTEHO (Kumpulan Cerpen) - SYAFEZA RAMLI




Tajuk : Ma Tumse Pyar Karteho
Penulis : Syafeza Sauli
RM 20.00, Pos : RM 7.00
Wasap 017-528 9831 untuk urusan pembelian

MA Tumse Pyar Karteho. Memuatkan 12 karya kumpulan cerita pendek dari Syafeza Sauli . Antara tajuk yang dimasukkan ialah:

Abang , Bahasa Cinta, Bunga Cenderawangsih, Dummies, Ex, Jalan Tengah , Kaku, Kehilangan, Ma tumse pyar karteho, Sepi, Srikandi Pilihan dan Unaa. Dari 12 tajuk ini, Karya Ma Tumse Pyar Karteho (Aku juga mencintai dirimu) diangkat menjadi tajuk kumpulan cerpen ini. Walau "Cinta" menjadi tajuk utama bagi karya ini, namun kekuatan lain dari 12 tajuk dan genre yang berbeza bakal mempengaruhi emosi serta minat pembaca untuk menghadam setiap dari cerita yang dimuatkan. Setiap dari cerita yang terbabit dalam karya ini mempunyai jalan ceritanya yang tersendiri tanpa berhubung kait antara tajuk satu sama yang lain.  Aspek kekeluargaan dapat diketengahkan melalui karya ini termasuk pengajaran yang amat jelas untuk memberi kesedaran kepada pembaca tidak kira tergolong dalam lapisan umur yang mana sekalipun. Ma Tumse Pyar Karteho.

Cinta Sweet Sour & Darah Dari Eunisia



Tajuk : Cinta Sweet and Sour. 
Penulis : Sweetzlyn 
Harga RM 20.00, pos RM 7,00
Untuk pembelian, sila wassap 017-528 9831

Sinopsis :

yang mempunyai kekuatan dari segi pengajaran dalam kehidupan. Dengan menggunakan c0gan kata "2 kali aku bernikah, 2 kali aku kecewa"  memberi impak yang besar kepada pembaca untuk terus meneliti isi yang disertakan dalam karya ini. Tidak hanya menyentuh kepada aspek percintaan semata-mata, namun karya ini lebih menonjolkan aspek kefahaman mengenai kehidupan bekerluarga yang ditempuh penulis . Dari percintaan yang menyebabkan kebahagiaan sehingga terpaksa menempuh alam perpisahan dan menyakitkan. Turut menceritakan bagaimana sesebuah keputusan perlu diambil dalam keadaan yang waras memikirkan orang sekeliling yang masih ada untuk ditanggungjawabkan. 



Tajuk : Darah Dari Eunisia
Penulis : Jay Adams aka Jeehan
Harga : RM 20.00, Pos : RM 7.00
Wasap 017-528 9831 untuk urusan pembelian

Sinopsis : 

Darah Dari Eunisia, Sebuah karya J.Adams. Menceritakan dari sudut pandangan kekeluargaan  terhadap sebuah karya yang terpaksa hidup di negara yang sedap bergolak. Eunisia, diserang atas pelbagai alasan hati seperti dendam dan tidak puas hati. Namun menjadi mangsa keadaan itu ialah rakyat dan lebih-lebih lagi mereka yang tidak berdosa antaranya kanak-kanak dan wanita. Penceritaan yang menggambarkan perit getir dalam menyelamatkan keluarga dan diri dari terus terliba dalam kancah yang dimulakan oleh mereka yang tidak bertangungjawab. Darah Dari Eunisia. Sebuah karya kesedaran atas pergolakan berlaku di serata dunia. Di mana ada kekejaman, di situ punya jiwa.

Friday, 9 February 2018

DIMENSI - TERBIT BULAN MAC, INSYAALLAH



PENULIS : JEEHAN

Sinopsis : Kisah seorang lelaki workaholik yang tidak mempedulikan hal keluarganya. Hingga pada suatu masa, dia telah termasuk ke dalam dimensi yang berbeza dengan dunia nyata kehidupannya. Di sana, dia bertemu dengans sesuatu yang amat berharga. Apakah yang ditemui dan bagaimana dia menghadapinya, sila dapatkan keluaran kami bulan Mac, Insyaallah.

Takdir .... 



Bengkel Penulisan Cerpen - 31 Mac 2018


Oleh Penulis : Mitch (dahulu dikenali sebagai Serunai Faqir)
Rebutlah peluang bersama penulis prolifik suatu ketika dahulu 
dan kini sudah kembali menulis bersama Tebuone Press
Terhad kepada 25 peserta sahaja.




ROCKERS - PENIUP SERUNAI @ MITCH

ROCKERS 
Penulis : Peniup Serunai aka Mitch 
RM 20.00, Pos 7.00
Sila Wasap 017-528 9831 untuk urusan pembelian


Sinopsis :

Mengenai Azman yang membesar di zaman kegilaan rock pada era 80-90 an. Menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan namun dia tetap meneruskan perjuangan dan kehidupan. Dapatkah Azman melalui pahit getir perjalanan sebagai seorang rockers? Bagaimana dia mengatasi ujian yang mendatang. Ini kisah rock kapak dan metal zaman 80-90 an. Jika anda berjiwa rock dan metal, dapatkan novel ini!




NUJUM CASIOPEIA - SYAMEEN KHALILI


NUJUM CASIOPEIA
Penulis : Syameen Khalili
Sinopsis - Sarah bukan gadis biasa. Antara Zuhal, Utarid dan Jupiter bertemu di bumi. Siapakah Sarah dan apakah kaitan dengan planet-planet tersebut? Siapakah pula Luth yang dilindungi dan menjadikan Sarah sebagai srikandi bumi? Dapatkan novel ini untuk mengetahuinya.’
PRE ORDER DIBUKA 
HARGA : RM 20, POS 7
Sila Wasap 017-528 9831 untuk urusan pembelian



ROCKERS CINTAN SDN BHD - MITCH

ROCKERS CINTAN SDN BHD 
Penulis : Mitch

PRE ORDER DIBUKA
HARGA : RM 20, POS 7.00
Wasap 017-528 9831 untuk urusan pembelian

Sinopsis

'Rockers hanya manusia biasa. Nawi, rockers yang sering dilanda kecewa dalam bercinta. Namun tidak pernah berputus asa. Dapatkah dia menemukan cinta sejatinya? Dapatkan untuk mengetahui kisah suka duka dan selanjutnya'




Salam hormat


Salam perkenalan, kami adalah salah sebuah syarikat penerbit dan pengedar buku yang aktif buat masa ini. Menerbitkan buku dan mengedarkan buku-buku penulis yang berkenaan.